Quantcast
Channel: saljuhumairah
Viewing all 480 articles
Browse latest View live

Kata Kata Hikmah Cipta Peluang Irfan Khairi

$
0
0

Saya suka mengumpul setiap quote dari Jutawan Internet | Irfan Khairi. Ia betul-betul memberi semangat dan motivasi.


Pitahati - Bintang Biru Kristal Salju

$
0
0
Ya. 


Saya telah jatuh. 



Jatuh hati dengan muzik ini punya band Pitahati. 







Mereka menyanyi lagu Bintang Biru Kristal Salju dan banyak lagi lagu-lagu best. 




Walaupun band ni dah lama saya baru sangat kenal.  


Khabarnya - dulu mereka bergerak secara independent atau indie. Mereka juga anak didik kepada sifu M.Nasir.

 

Thanks to Sahabat Dhani Ahmad yang memperkenalkan pitahati- sehingga membuat ku hanyut dalam lirik power dan melodi mereka. Ingin juga menghantar kamu semua ke alam muzik mereka. 



Tahniah buat M.Nasir - berjaya menghasilkan mereka. 






Ni facebook fanpage diorang, pegi siasat cepat: Pitahati.


Jom Layan... Vclip diorang pun mantap...



Lirik Lagu Bintang Biru Kristal Salju Pita Hati


Bintang biru,
Indahnya rasa yang menyentuh jiwaku,
Sekujur tubuhku menggigil...
Melihat, mendengar, merasakan nikmatnya..

Bintang biru,
Simpankan untukku sedikit waktu,
Untukku membebaskan rindu...
Rindu yang tersimpan,
Yang meminta untuk dilepaskan...

Perasaan ini menganggu lena tidurku..
Rindu ini bukanlah, bukanlah rindu biasa...

Kristal salju,
Dinginmu tlah larut ke dalam mindaku,
Kesal yang disuntik asmara...
Menjalar, menusuk, terus ke jantungku,
Rasa agung, lepaskanlahku dari dingin yang hangat ini,
Aku rela merindukan kasihmu...
Tolong aku, bebaskanku dari rasa yang mendakapku...

Perasaan ini menggangu lena tidurku...
Rindu ini bukanlah bukanlah rindu biasa...
Hulurkan tanganmu agarku dapat capainya...

Selama tinggal bulan...Selamat tinggal bulan...Selamat tinggal bulan..aan..aan...

Sang matahari, sudah tiba masanya untuk kita bersua,
Semalam hari yang sengsara...
Semoga, semalam takkan berulang lagi...
Sang matahari, sudah tiba masanya untuk kita bersua,
Semalam jiwaku meronta...
Semoga, semalam takkan berulang lagi...

Mengapa, mengapa kau tak terhapus sahaja...
Sebaliknya kau meratah, jiwa dan ragaku..
Selagi kau ada, ketenangan takkan singgah, kedalam hati yang resah...

Selamat tinggal bulan...Selamat tinggal bulan.

Sumber : Lirik Lagu






Cara Saya Buat Duit Dengan Jobdirumah

$
0
0



Ramai yang email bertanya.



Bagimana promosikan jobdirumah ni?
Boleh percaya ke jobdirumah?

Paling menarik dan buat kan saya tersenyum ada yang kata jobdirumah ini adalah MLM. 
 
HAHAHA....



Mungkin mereka hanya membuat persepsi sahaja.  



Tak salahkan mereka, kerana tak kenal makanya tak cinta.




Banyak betul yang ingin tahu pasal jobdirumah ni.



Terutama selepas baca entri sebelum ini, Komisyen Jobdirumah Bulan April 2014.



Nak buat duit dengan jobdirumah sebenarnya tidak memerlukan modal.  Ianya percuma.  Benar.  Tiada bayaran dikenakan.


RM50 adalah untuk produk jobdirumah sahaja.



Ok.


Entry ini saya nak ceritakan Cara Saya Buat Duit Dengan Jobdirumah.



Saya lebih fokus dengan menjadi agen affiliate mereka.



1.  Pertama, anda perlu daftar menjadi agen affiliate mereka.  Jangan risau - memang tiada bayaran perlu dikeluarkan.  Tak salahkan mencuba.  Anda tidak akan rugi apa-apa pun.


2.  Fahami dan explore dashboard agen affiliate tersebut.  Terutama bahagian training.


Dashboard Mesra Pengguna


Training yang diberikan


3.  Kemudian, teruskan promosi tanpa henti dan terima komisyen anda.  Banyak kaedah berkesan untuk promosikannya.  Bagi saya - blog adalah medium paling banyak hasilkan komisyen tanpa henti. 
Kerana teknik blog lebih mesra SEO berbanding kaedah lain.


Walaubagaimana pun, saya nasihatkan anda untuk cuba sendiri panduan jobdirumah itu sendiri.  Tak rugi, kerana ia lebih memudahkan anda untuk menceritakan melalui pengalaman sendiri.



Kata Kata Hikmah Irfan Khairi Usaha

$
0
0

Ramai selalu cakap "Jangan Putus Asa".

Realitinya bukan senang jika nak amalkan. Apa lagi nak buat setiap hari kan...

Hayati sungguh-sungguh kata irfan khairi ni. Tak hairanlah beliau boleh menjadi jutawan internet.

Semoga kita mengambil manfaat dari Nya.

--- --- Sent by WhatsApp

Kata Kata Hikmah Irfan Khairi | Kejayaan

Jadual Tarikh-Tarikh Penting Hari Kelepasan AM bagi Negeri Kelantan Tahun 2014

$
0
0
Ya.


Rasanya belum terlewat lagi nak paparkan Jadual Tarikh - tarikh penting hari kelepasan AM bagi Negeri Kelantan tahuan 2014.


Walaupun dah menghampiri pertengahan tahun.


Jadual ini sangat berguna bagi sesiapa yang merancang cuti tahunan. Khusus buat rakyat Kelantan sahaja.



"bercutilah untuk ketenangan"






Semoga rujukan ini memberi manfaat kepada semua.


JADUAL TARIKH - HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI KELANTAN 2014

BILPERKARATARIKH
1Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW ( Maulidur Rasul ) (P) Selasa 14 Januari 201414/1/2014DONE
2Tahun Baru Cina (P) Jumaat 31 Januari 201431/1/2014DONE
3Tahun Baru Cina Hari Kedua ( N) Sabtu 1 Februari 20141/2/2014DONE
4Hari Pekerja (P) Khamis 1 Mei 20141/5/2014DONE
5Hari Wesak (P) Selasa 13 Mei 201413/5/2014DONE
6Hari Keputeraan Agong (P) Sabtu 7 Jun 20147/6/2014
7Hari Nuzul Al-Quran (N) Selasa 15 Julai 201415/7/2014
8Hari Raya Puasa (P) Isnin & Selasa 28 & 29 Julai 201428-29/7/2014
9Hari Kebangsaan (P) Ahad 31 Ogos 201431/8/2014
10Hari Malaysia (P) Selasa 16 September 201416/9/2014
11Hari Raya Qurban (P) Ahad 5 Oktober 20145/10/2014
12Hari Raya Qurban Hari Kedua (N) Isnin 6 Oktober 20146/10/2014
13Hari Deepavali (P) Rabu 22 Oktober 201422/10/2014
14Awal Muharam ( Maal Hijrah (P) Sabtu 25 Oktober 201425/10/2014
15Hari Keputeraan Sultan Kelantan (N) Selasa & Rabu 11& 12 November 201411-12/11/2014
16Hari Krismas (P) Khamis 25 Disember 201425/12/2014

Cara Semakan Keputusan Permohonan Pra-Diploma Sains/Perdagangan (MDAB - UiTM) 2014

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t.


Maklumat ini bukan baru.



Ia telah diumumkan pada 16 Mei 2014 lepas.  Cuma masih ada yang bertanya


"Bagaimana nak semak keputusan Permohonan ke program Pra-Diploma Sains/Perdagangan (MDAB - UiTM) 2014"


Bagi lepasan SPM baru-baru ini, sekiranya anda ada memohon program Pra-Diploma samada Sains atau Perdagangan, keputusan permhonan tersebut boleh disemak melalui laman web Pengambilan UiTM.


Cara-cara Semakan Keputusan Permohonan Pra-Diploma Sains/Perdagangan (MDAB - UiTM) 2014



1. Layari Laman web: http://intake.uitm.edu.my 


Kemudian, follow step dibawah:


keputusan permohonan pra diploma uitm


2.  Pilih link semakan keputusan permohonan:

keputusan permohonan pra diploma uitm




3.  Pilih Program Pra Diploma

keputusan permohonan pra diploma uitm



4. Masukkan No. Kad Pengenalan dan tekan butang semak.


keputusan permohonan pra diploma uitm



Tahniah kepada yang berjaya.


Kepada yang kurang bernasib baik sila buat permohonan rayun di kampus terdekat dengan tempat tinggal anda. 

Atau sila cuba lagi untuk semester hadapan.


Syaratnya tidak melebihi 5 tahun keputusan SPM anda.

Takziah Buat Encik Saberi Sekeluarga

$
0
0

Mati.

Ya, setiap antara kita pasti merasai mati.

Kita semua sedang beratur menunggu giliran untuk ditarik nyawa.

Saya faham - tempoh di alam dunia lebih singkat jika dibandingkan dengan kehidupan di alam barzah atau kubur.

Kebetulan malam semalam semasa saya bersama rakan-rakan menadah kitab di Pusat Islam UiTM, guru ada menyentuh isu kematian dan adab dikubur.

Pelbagai soalan diajukan bagi mendapat pencerahan.

Pagi tadi masuk pejabat, mendapat berita sedih seorang rakan pejabat - Encik Saberi baru kehilangan nenda beliau.  Khabarnya arwah menghembus nafas terakhir selepas subuh pagi tadi di hospital (20/5/2014).

Takziah diucapkan.

Al-Fatihah. - Semoa roh almarhum ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Alhamdulillah saya bersama dua rakan Encik Zairi dan Encik Hamran sempat menghadirkan diri sebelum jenazah dikebumikan.  Kami datang untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari pejabat dan sebagai menghormati jenazah.

Dikhabarkan jenazah arwah akan disimpan selepas solat zohor.

Kami pulang awal kerana masih ada urusan di pejabat.  Dalam perjalanan pulang saya membayangkan bagaimana keadaan jika tubuh ini kaku dan menjadi jenazah?

Diam.

Otak saya ligat berfikir.

Pelbagai persoalan muncul.

Bersediakah untuk menjalani malam pertama di alam barzah?

Setiap kematian adalah pengajaran bagi yang hidup.  Menunggu giliran kita yang bakal menjelma.

Semoga keluarga arwah tenang dan bersabar.

--- --- Sent by WhatsApp


Selamat Pagi | Mulakan Langkah Anda Dengan

$
0
0

Jom berdoa dipagi hari.

Semoga perjalanan hidup sepanjang hari ini sentiasa dalam redha Allah.

Semoga pagi ini juga lebih baik dari pagi semalam.

Selamat pagi semua.

Nak Terima ke tak? Tawaran 2 Juta dari seorang wanita mengidap sakit barah

$
0
0



Cuti hujung minggu - kalau tiada urusan rasmi saya memang menghabiskan masa sepenuhnya untuk keluarga.  


Petang tadi, sempat bawa anak main ditaman.  



Balik dari taman saya ada terima email dari seorang wanita - Pn. Norshah Ahmad.


Nadanya serius...


Serius....



Ya memang serius....


Beliau mengidap sakit barah.

Harapa korang baca sampai habis ye.





"duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya. Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya."





Kepada yang dihormati,
Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak
mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan
sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.
Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir
yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak
membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya
harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum
ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu
menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai
sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia
untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit
seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk
mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang
boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan
nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda
untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain
yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya
sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan
harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan
dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa
kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling
pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya. Bila anda menerima email
ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan
selanjutnya. Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya
hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih
dahulu.

Yang Benar

Pn.Norshah Ahmad<m.bidan@fonroche.fr>





Dah habis baca?


Serius kan.... 2 juta tu... sapa tak nak?



Free-free jer dapat duit.


Tiba-tiba, saya gelak sorang-sorang... Selamat dalam kereta.... kalau tidak guling-guling dah...


Korang pernah terima email begini?



*Hati-hati dengan tawaran online... jangan terpedaya...  jangan bagi butiran korang... email dari bank dah banyak dah....macam real jer ceritanya....

Keputusan Rasmi Final Piala Thomas 2014 dan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor

$
0
0
Petang tadi sampai ke malam rakyat Malaysia fokus depan TV.

Saya yakin majoriti.


Melainkan yang kuat imannya pergi berjamaah Maghrib di Masjid.



Semua memberi semangat dari jauh istimewa buat pasukan badminton kebangsaan.  Dengan penuh harapan supaya Piala Thomas yang pernah dimiliki kembali semula untuk dijulang di Malaysia.


Perlawanan bermula dengan pemain no.1 Malaysia LCW - Lee Chong Wei dengan penuh debaran.  Mudah.  Malaysia Menang mudah dengan 21-12 dan 21-16.



Cahaya piala semakin bersinar.





Namun, kembali kecewa bila bergu Malaysia tewas dengan 3 set permainan sengit.



Hinggalah masih perlawanan ke-5 antara Daren Liew dan Takuma Ueda.  Permulaan yang tiada harapan bila Malaysia tewas mudah dalam tempoh 16 minit sahaja 12-21.



Semua bersorak kembali bila Malaysia menang untuk set ke-2.  Perlawan sengit bagi set ke-3 yang akhirnya Malaysia terpaksa akur tewas dengan Jepun 17-21.



Saya puji perjuangan yang ditunjukkan oleh Daren.  Bukan senang apabila beliau menjadi taruhan terakhir seluruh rakyat Malaysia sebagai penentuan menang atau kalah.  Berat sangat tanggungjawab.  Nampak tekanan pada riak wajah beliau.  Mungkin tekanan yang beliau hadapi tidak sehebat pemain Jepun kerana mereka belum pernah memenangi Piala Thomas.  Namun, beliau tetap tenang dan berjuang hingga keakhirnya tanpa putus asa.  Walau permulaan pelbagai reaksi dan tohmahan ditujukan oleh rakan-rakan media sosial.  Bagaimana agaknya jika dia membaca status di facebook ketika itu?


Keputusan Rasmi - Final Piala Thomas 2014


Lee Chong Wei (M'sia) lwn Kenichi Tago
Malaysia menang 21-12, 21-16.
 
Tan Boon Heong/Hoon Thien How lwn Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo
Malaysia tewas 21-12, 17-21, 19-21.
 
Chong Wei Feng lwn  Kento Momota
Malaysia tewas 5-21, 17-21.
 
Goh V Shem/Tan Wee Kiong lwn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
Malaysia menang 19-21, 21-17, 21-12.
 
Daren Liew lwn Takuma Ueda
Malaysia tewas 12-21, 21-18, 17-21.
 
 
 
 
 

Keputusan  Rasmi Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor







Dari sudut lain, ada rakya Malaysia yang fokus kepada perkara lain yang agak penting - Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor.


Ia agak kurang hangat dibicarakan dalam media - mungkin ditenggelamkan semangat satu Malaysia menyokong perlawanan Piala Thomas.
 
 
DAP  - Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi mendiang ayahnya dengan majoriti 41,242.



Laporan langsung


9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.


DAP - 41,242

PCM - 3,583

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 799

Abu Backer Sidek - 225

Undi Rosak - 539

Majoriti - 37,659


*Dua keputusan besar untuk rakyat Malaysia berlaku hari ini - terpaksa menerimanya dengan ketentuan.


(Sumber - Malaysiakini)

Sedih Dengar Berita Sultan Azlan Shah Mangkat

$
0
0
Yup.



Sedih sangat.


Mula-mula ingatkan berita palsu, sebab saya ada terbaca Berita Palsu DYMM Sultan Perak Mangkat.  





sultan perak mangkat




Cerita-cerita yang disebarkan dalam whatsapp pun sukar nak percaya.




Tapi, 


Petang tadi Menteri Besar Perak - YAB MB Zamry Abdul Kadir buat pengumuman secara rasmi di TV1.  



Baru percaya.



Sedih dengar sultan sendiri  mangkat, walaupun sekarang saya tinggal di Kelantan.



Baru jer dua tahun lepas (2012) anak beliau Raja Dato' Sri Ashman meninggal dunia.



Punca kematian masih belum saya ketahui.




sultan azlan shah mangkat 2014



Memang dah sah - berita kemangkatan beliau.


Al-Fatihah.


Semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang soleh...


Petikan dibawah dari Malaysiakini.




Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan akan dimakamkan selepas asar.



Pengumuman Oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir

Berita dari Malaysiakini



sultan perak mangkat 2014
Kibarkan Bendera Separuh - YAB Zambry



*Jasa dan kebaikan beliau sangat disanjung.

Video YAB Menteri Besar Perak Mengumumkan Kemangkatan DYMM

Cukuplah Allah Bagi Kami

$
0
0

Serial hair Saya perlukan kata-kata Hikmah yang menyuntik semangat Untuk berjalan.

Untuk terusan berSyukur.

Terima Kasih kepada group-group whatsapp yang selalu menghantar motivasi.

Semoga usaha anda semua mendapat keredhaan Allah dan diambilkira sebagai amalan yang Mulia.

Saya kongsikan disini Untuk semangat pembaca-pembaca.

Salam jumaat

--- --- Sent by WhatsApp

Bila Gelisah

$
0
0

Bila Hati tak tenteram.

Bila Jiwa tak tenang.

Kadang-kadang saya lalai, rasa sakit sangat dijiwa.  Dalam hati serabut tersimpul tiada punca berpintal-pintal.

Berat anggota.

Kerna gangguan dalam jiwa hanya diri terbeban.

Mencari penawar - untuk hilangkan segala rasa.  Biar semunya rasa bukan dilidah tawar setawar tawarnya.....


--- --- Sent by WhatsApp


Kata kata hikmah Usaha

Kata kata hikmah Benar, Allah Maha Tahu

Kata Kata Hikmah Melengahkan Waktu

$
0
0

Irfan Khairi sangat memberi inspirasi.

--- --- Sent by WhatsApp

Kata Kata Hikmah Ustaz Kazim #1

Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Kelantan dan Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M

$
0
0


Dah tak lama dah.


Korang dah prepare ke nak jumpa Ramadhan?


Mental,
Fizikal,
Rohani,


Semua kena prepare.


Bulan puasa setahun sekali jer.  Perbezaan sangat ketara berbanding bulan-bulan lain.  


Terutama suasananya.  Rindu sangat.



Salah satu perkara yang sangat penting nak prepare adalah - Jadual Waktu Imsak dan berbuka.


Ingat lagi,


Dulu-dulu, masa kecik abah biasanya akan ambil dari kedai runcit atau kedai-kedai buku.  Kemudian, tampal di dapur tempat kami sekeluarga berbuka puasa.


Seronok teringat berbuka puasa ramai-ramai adik beradik.  Setiap hari mesti tengok waktu berbuka.  Sebab nak tahu perbezaan waktu berbuka setiap hari. 


Kebiasaannya, semakin lama semakin cepat waktu berbuka.



Seronok sangat masa tu.
Tak sabar rasa nak puasa.


Sekarang jadual waktu berbuka sangat mudah diperolehi.  Semuanya online.


So, saya nak share jadual berbuka untuk tahun ni.


Boleh la, download > save dalam komputer atau gadget-gaget canggih korang. Kalau nak lebih feel, print out dan tampal kat rumah korang.



Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Kelantan serta Seluruh Malaysia 1435H/2014M


Ya.


Saya cuma paparka disini untuk negeri Kelantan jer.


Penat nak save dan upload negeri-negeri lain.  Korang pilihlah negeri masing-masing.



Muat Turun Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M

Jadual waktu berbuka puasa negeri Kelantan

Jadual waktu berbuka puasa negeri kelantan 2014



Bagi jadual waktu imsak dan berbuka puasa 1435H/2014M negeri-negeri lain boleh rujuk dibawah.



Semoga ianya bermanfaat kepada semua umat islam di Malaysia.



Link download asal: HasrulHassan
Viewing all 480 articles
Browse latest View live